Mengenai Saya

Pengikut

Selasa, 31 Mac 2009

Sukan untuk semua

sukan pada masa kini sudah menjadi suatu industri yang besar sepertimana industri-industri lain yang bernilai berbilion ringgit. Di negara-negara seperti Australia yang mana penduduknya lebih sedikit berbanding Malaysia, sukan telah menjadi suatu budaya. Apabila memperkatakan budaya, bermakna ianya telah menjadi suatu gaya hidup. Sudah semestinya usaha mereka untuk melahirkan atlet berkelas dunia menjadi mudah kerana sukan telah menjadi suatu kemestian sejak kecil lagi.

Persoalannya di sini, sampai bilakah akhirnya sukan akan menjadi budaya di Malaysia? Adakah usaha-usaha yang dijalankan sudah mencukupi? Apakah senjata utama untuk memperkasakan sukan Malaysia?

Salam sukan semua

Blog ini adalah ditujukan khas kepada semua orang terutamanya yang berminat dengan seukan mahupun ingin tahu mengenai sukan.

Tiada agenda tersirat, hanyalah untuk perkongsian ilmiah mengenai ilmu sukan, isu-isu sukan, teknikal mengenai sukan dan sebagainya.